Notis privasi
Berkuat kuasa 28 Oktober 2026 · selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis ini menerangkan cara Snada Group Ventures (202503108534 / CT0149452-A), pengendali Laman Masjid, mengumpul dan menggunakan data peribadi.
1. Data yang kami kumpul
- Akaun AJK dan staf: nama, alamat emel dan kata laluan. Kata laluan disimpan dalam bentuk hash dan tidak boleh dibaca oleh sesiapa, termasuk kami.
- Kandungan laman masjid: maklumat yang dimasukkan oleh masjid untuk paparan awam, contohnya nama dan nombor telefon petugas khairat, nama pegawai, gambar, penaja, jadual dan jumlah kutipan.
- Komunikasi: nombor WhatsApp dan mesej apabila anda menghubungi kami.
2. Pengunjung laman masjid
Kami tidak mengumpul data peribadi pengunjung. Laman tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan. Pelayar anda hanya menyimpan salinan waktu solat untuk mempercepat paparan. Penyedia hosting mungkin merekod log teknikal asas (seperti alamat IP) untuk keselamatan dan operasi.
3. Tujuan penggunaan
- Menyediakan dan memaparkan laman masjid serta panel AJK.
- Menghubungi pelanggan berkenaan perkhidmatan, bil dan sokongan.
- Keselamatan akaun dan pencegahan penyalahgunaan.
Kami tidak menjual atau menyewakan data peribadi kepada mana-mana pihak.
4. Pendedahan kepada pihak ketiga
Data disimpan oleh penyedia perkhidmatan kami: Vercel (hosting dan storan gambar) dan Upstash (pangkalan data), dengan pelayan di Singapura. Data waktu solat diambil daripada perkhidmatan api.waktusolat.app. Data mungkin didedahkan jika dikehendaki oleh undang-undang.
5. Kandungan awam & persetujuan
Maklumat yang masjid pilih untuk diterbitkan akan dipaparkan secara awam di internet. Masjid bertanggungjawab mendapatkan persetujuan individu sebelum memaparkan nama, nombor telefon atau gambar mereka. Individu yang mahu maklumat mereka dibuang boleh menghubungi masjid berkenaan atau kami.
6. Tempoh simpanan
Data disimpan selagi perkhidmatan aktif. Selepas penamatan, data dipadam dalam tempoh 90 hari kecuali jika perlu disimpan lebih lama di bawah undang-undang.
7. Keselamatan
Sambungan dienkripsi (HTTPS), kata laluan di-hash, dan setiap akaun AJK hanya boleh mengubah laman masjid sendiri.
8. Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda, atau menarik balik persetujuan, melalui WhatsApp 013-472 4437. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari.