Terma perkhidmatan
Berkuat kuasa 28 Oktober 2026
Terma ini terpakai kepada perkhidmatan laman web Laman Masjid yang disediakan oleh Snada Group Ventures (202503108534 / CT0149452-A) ("kami") kepada masjid, surau atau jawatankuasanya ("pelanggan"). Dengan membuat bayaran, pelanggan bersetuju dengan terma ini.
1. Perkhidmatan
- Kami menyediakan laman web masjid di alamat lamanmasjid.com/nama-masjid berdasarkan templat pakej yang dipilih (Basic, Pro atau Premium), beserta akaun panel AJK untuk mengemas kini kandungan.
- Ciri setiap pakej adalah seperti yang dinyatakan di halaman harga ketika pembelian. Bahagian yang tidak diisi maklumat tidak dipaparkan.
- Waktu solat dan tarikh Hijri dipaparkan berdasarkan data JAKIM melalui perkhidmatan pihak ketiga. Kami berusaha memastikan ketepatannya tetapi tidak bertanggungjawab atas sebarang gangguan atau ralat daripada sumber tersebut.
2. Bayaran
- Harga pakej ialah bayaran sekali yang merangkumi pembinaan laman dan hosting tahun pertama.
- Yuran tahunan bermula pada tahun kedua mengikut pakej: Basic RM480, Pro RM720, Premium RM960 setahun. Yuran merangkumi hosting, sandaran data, pembetulan masalah teknikal dan sokongan WhatsApp pada waktu pejabat.
- Naik taraf pakej dikenakan beza harga antara pakej semasa dan pakej baharu.
- Add-on Urus penuh dibayar bulanan dan boleh dihentikan dengan notis 30 hari.
- Jika yuran tahunan tidak dijelaskan dalam masa 30 hari selepas tarikh matang, laman boleh digantung. Data disimpan sekurang-kurangnya 90 hari selepas penggantungan, dan laman diaktifkan semula sebaik sahaja yuran dijelaskan.
3. Tiada bayaran balik
- Semua jualan adalah muktamad. Bayaran pakej, yuran tahunan, naik taraf dan add-on Urus penuh yang telah dibuat tidak akan dikembalikan atas apa jua sebab.
- Sebelum membuat bayaran, pelanggan digalakkan mencuba laman demo dan meminta pratonton laman dengan nama masjid sendiri tanpa caj.
- Dalam tempoh 14 hari selepas pautan laman dan akaun AJK diserahkan, kami akan membetulkan sebarang ciri yang tidak berfungsi seperti yang dijanjikan, tanpa caj.
4. Tanggungjawab pelanggan
- Pelanggan bertanggungjawab ke atas ketepatan semua kandungan yang dihantar atau dimasukkan ke laman, termasuk nombor akaun bank dan kod QR infaq. Pastikan bendahari mengesahkannya sebelum diterbitkan.
- Pelanggan mesti mendapatkan persetujuan individu sebelum memaparkan nama, nombor telefon atau gambar mereka (contohnya petugas khairat, pegawai masjid dan penaja), dan memastikan pelanggan berhak menggunakan setiap gambar yang dimuat naik.
- Kandungan mesti sah di sisi undang-undang Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
- Pelanggan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan panel AJK.
5. Infaq & sumbangan
Semua infaq dibuat terus ke akaun bank milik masjid. Kami tidak menerima, memegang atau memproses sebarang dana bagi pihak masjid dan tidak bertanggungjawab ke atas transaksi antara penyumbang dan masjid.
6. Ketersediaan & had liabiliti
- Laman dihoskan oleh penyedia awan pihak ketiga. Kami berusaha memastikan laman sentiasa tersedia tetapi tidak menjamin ia bebas daripada gangguan.
- Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti kami terhad kepada jumlah yang dibayar oleh pelanggan dalam tempoh 12 bulan sebelum tuntutan.
7. Penamatan
Pelanggan boleh menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa melalui WhatsApp, tanpa bayaran balik bagi tempoh yang telah dibayar. Atas permintaan, kami akan menyerahkan salinan kandungan teks laman dan memadam data dalam tempoh 30 hari.
8. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Perubahan penting akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui WhatsApp sebelum berkuat kuasa. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.